ms my en gb ar aa
  Staff Portal      MyPortal      kLMS      UIS-PEARL (Staff)      UIS-PEARL (Student)      COVID-19

Bahagian Hal Ehwal Pelajar

Seksyen Tajaan & Kebajikan

Fungsi Umum

title bottom left

  • Meningkatkan pentadbiran penajaan dan kebajikan pelajar melalui perancangan dan pengurusan berkualiti.

  • Mempermudahkan dan mempelbagaikan sumber hebahan maklumat penajaan dan kebajikan.

  • Meningkatkan kesedaran dan membudayakan pelajar akan keperluan amalan budaya sihat.

  • Memastikan setiap pelajar mempunyai bantuan/dana kewangan yang mencukupi dan mengurangkan permasalahan kewangan/ pinjaman pengajian untuk kesejahteraan dan kecemerlangan pelajar dengan mempromosikan peluang-peluang pinjaman/ tajaan/ biasiswa yang disediakan oleh pihak penaja.

  • Mengeratkan jalinan penaja sedia ada.

  • Memastikan 80% pelajar baharu berdaftar mempunyai penaja.

 

Fungsi Khusus

title bottom left

PENAJAAN

  • Menguruskan penajaan pelajar.

  • Mengesahkan dokumen-dokumen sokongan pelajar untuk mendapatkan pinjaman/ biasiswa.

  • Kemaskini data pelajar yang mendapat tajaan di sistem e-campus.

  • Membuat semakan rekod tajaan pelajar untuk tujuan tuntutan yuran pengajian dan penyediaan laporan.

  • Membantu pelajar menguruskan proses rayuan atau kuiri daripada pihak penaja.

  • Menyediakan surat pengesahan tajaan pelajar (atas permintaan pelajar).

  • Mengadakan jalinan baik dengan penaja.

 

KEBAJIKAN

  • Menguruskan Takaful untuk pelajar tempatan termasuk pendaftaran polisi dan tuntutan polisi (GMT, GTL & GPA).

  • Menguruskan dana Tabung Infaq pelajar tempatan dan antarabangsa (dipohon oleh pelajar) untuk bantuan sara hidup, pendidikan atau penangguhan yuran pengajian.

  • Menyalurkan bantuan kepada pelajar untuk :

    • Bantuan Sara Diri (e-bantuan)
    • Bantuan Pendidikan (e-bantuan)
    • Bantuan Mahasiswa
    • Bantuan Kesihatan
    • Manfaat Umum
    • Bantuan Kecemasan (kemalangan/Kecederaan/Bencana Alam/Kematian/Kecurian/dan sebarang kondisi yang dianggap kecemasan);
  • Menguruskan kad rawatan kesihatan (klinik panel) pelajar tempatan dan antarabangsa.

  • Menguruskan peralatan kecemasan (kotak pertolongan cemas, wheelchair dan stretcher).

  • Perkhidmatan penghantaran pelajar ke hospital, klinik kesihatan dan klinik panel (24 jam) untuk pelajar yang tinggal di mahallah.

  • Menguruskan jenazah pelajar yang meninggal dunia ketika berada di Kolej Universiti atau kawasan sekitar Bandar Seri Putra.

  • Pemantauan kes-kes penyakit berjangkit yang melibatkan pelajar KUIS seperti denggi, malaria, taun dan tibi.